Mulai Jan 2010 semua ahli-ahli Ex-Sappers Wilayah Utara diberi kemudahan diskaun rawatan disemua 54 Rangkaian Poliklinik Dr.Azhar & Rakan-Rakan yang terdapat di Wilayah Utara ini. Ahli-ahli hanya menunjukkan Kad Keahlian Ex-Sappers ini bagi mendapat kemudahan ini.
AJK dan Semua Ahli-Ahli Ex-Sappers Kawasan Taiping turut sama hadir dalam Mesyuarat AJK Siri 1/2010 dan Majlis Perjumpaan Ex-Sappers Wilayah Utara yang diadakan di MK RAJD 2 DIV, Taiping. Ex-Sappers Wilayah Utara mengucapkan terima kasih kepada PRJ RAJD 2 DIV kerana telah sudi membenarkan Ex-Sappers Wilayah Utara untuk menganjurkan Majlis ini disini.
Terima kasih kepada semua ahli-ahli Kawasan Taiping yang turut sama hadir dalam perjumpaan ini.
YDP En Shuib bin Md Isa menerima cenderahati 1Malaysia daripada Pengarah JASA Negeri Kedah pada malam Majlis Jamuan Mesra 1Malaysia bersama Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's), pada 18 Nov, 2009 yang lalu.
Turut sama AJK yang hadir bersama YDP En Shuib bin Md Isa semasa Majlis Jamuan Mesra tersebut. Dari kiri YDP En Shuib, En Mat Sulaiman, En Maheran dan En Abd Rani.
Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua Ex-Sappers dan seluruh Umat Islam. Kepada rakan-rakan Ex-Sappers yang sedang mengerjakan Haji kita doakan agar mereka mendapat Haji Mabrur dan selamat kembali ke tanah air. Kita juga mengharapkan agar pengorbanan warga Ex-Sappers kepada agama, bangsa dan negara mendapat rahmat dari Allah SWT. Insyaallah.
"KEBAJIKAN YANG SERING DIBUAT TANPA MENGHARAPKAN BALASAN MAKHLUK, SEBALIKNYA MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SWT SEBAGAI TANDA SYUKUR".
Pada 31hb. Okt, 2009 yang baru lalu saya telah dihubungi oleh seorang bekas pegawai RAJD dari KL yang amat saya kenali. Beliau telah memaklumkan kepada saya bahawa ada kisah salah seorang bekas anggota RAJD (Ex-Sappers) yang berada di Jitra dalam blog xnuripilot. Kisah mengenai anak kepada exsappers yang belajar di Sumatra yang menghadapi dilema selepas berlakunya gempa bumi disamping masalah kewangan untuk meneruskan pengajian disana. Setelah meneliti senarai keahlian Ex-Sappers Wilayah Utara, saya dapati Ex-Sappers yang dimaksudkan tidak ada dalam senarai. Saya terus menghubungi AJK Ex-Sappers dan cuba mendapatkan maklumat mengenainya. Saya akhirnya dapat berhubung dengan Ex-Sappers ini dan beliau mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan semua Ex-Sappers yang telah menghubunginya. Beliau menceritakan kepada saya mengenai inisiatif pegawai TUDM yang pada mulanya telah membawa kes ini ke pengetahuan yang berwajib dan juga keperihatinan pegawai Ex-Sappers yang begitu mengambil berat dalam menyalurkan kes ini ke pengetahuan Ketua Jurutera untuk tindakan susulan. Akhirnya kes ini dapat diselesaikan dan kini anaknya telah diterima untuk menyambung pengajian di dalam Negara.
Daripada kes yang tersebut di atas, apa yang ingin saya kongsi dengan Ex-Sappers di Wilayah Utara ini ialah mengenai keperihatinan salah seorang bekas pegawai Ex-Sappers yang masih bertanggungjawab dan mengambil berat dalam hal-hal kebajikan terutamanya Ex-Sappers walaupun dimana mereka berada. Walaupun kita telah berhenti atau bersara dari RAJD dan menjalani kehidupan masing-masing sebenarnya ada insan yang masih mengambil berat terhadap Ex-Sappers. Jasa dan pengorbanan yang telah kita curahkan selama berkhidmat tetap dikenang dan dihargai. Penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap keperihatinan bekas pegawai RAJD, Lt Kol Basri Hj Omar (B) PGB yang telah menjadikan inspirasi kepada kami semua, di Ex-Sappers Wilayah Utara. Petikan sms yang saya terima daripada Lt Kol Basri berbunyi begini “Moga Allah Redha kerja ini dan juga kerana Allah..hari ini depa susah kita bantulah…tak boleh tolong dengan duit…tolong tenaga dan masa”. Sikap dan semangat beginilah yang kita harapkan agar dapat diterjemahkan melalui kerja-kerja kebajikan sebegini. Harapan kami juga agar ramai lagi dikalangan Ex-Sappers tidak kira samada pegawai atau LLP untuk tampil dan terus bantu membantu sesama kita. Jadikan sisa-sisa hidup kita ini sebagai seorang yang bermanafaat kepada orang lain dan mempersembahkan yang terbaik untuk dunia dan akhirat, mudah-mudahan…!!
Terima kasih dari kami Ex-Sappers Wilayah Utara untuk Lt Kol Basri Hj Omar (B) PGB.
Mulai bulan Dis, 2009, semua ahli-ahli Ex-Sappers akan mempunyai pengenalan diri sebagai Ex-Sappers. Contoh Kad Keahlian adalah seperti di atas. Pemegang Kad Keahlian ini dan juga ahli keluarga akan mendapat kemudahan rawatan biasa di 42 rangkaian Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan yang terdapat di Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah & Perlis. Ini adalah langkah permulaan bagi memberikan kemudahan kepada semua ahli-ahli Ex-Sappers yang menjadi ahli dalam pertubuhan ini. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha di HP No. 019-5416107 atau hubungi AJK Zon masing-masing.
Sekian, untuk maklumat semua ahli-ahli Ex-Sappers Wilayah Utara.
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri & Deepavali yang telah diadakan pada 17 Okt, 2009 yang lalu di Permaipura Golf & Country Club telah berjalan dengan jayanya. Kehadiran ahli-ahli dan keluarga yang begitu menggalakkan telah memeriahkan suasana sambutan pada kali ini. Ramai dikalangan Ex-Sappers yang belum menjadi ahli turut sama hadir dan terus mendaftar sebagai ahli. Aktiviti ini telah merapatkan tali silaturahim warga Ex-Sappers Wilayah Utara yang telah lama tidak bersua. Kegembiraan jelas terpampang diwajah masing-masing kerana dapat bertemu rakan-rakan lama dan mengimbau kenangan silam semasa masih dalam perkhidmatan tentera. Ex-Sappers Wilayah Utara akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan dalam kalender Ex-Sappers Wilayah Utara. Penaung dan semua AJK Ex-Sappers Wilayah Utara mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang hadir bagi memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri & Deepavali pada tahun ini. Insyaallah, tahun hadapan sambutan Aidilfitri dijangka akan lebih meriah lagi.
EXSAPPERS WILAYAH UTARA MENJEMPUT SEMUA EX-SAPPERS YANG BERADA DI PERAK UTARA, PULAU PINANG, KEDAH & PERLIS UNTUK SAMA-SAMA HADIR PADA MASA & TEMPAT SEPERTI DI ATAS. KEHADIRAN TUAN-TUAN & KELUARGA SANGAT-SANGAT DIALU-ALUKAN.