Friday, March 30, 2012

SEKITAR LENSA MESYUARAT AGUNG EX-SAPPERS WILAYAH UTARA PADA 24HB.MAC,2012

YB DATO' DR KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL & ISTERI PROF.DATO' DR HALIMAH BERGAMBAR BERSAMA DENGAN AJK SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG EX-SAPPERS WILAYAH UTARA KALI KE 3
PROF.DATO' DR HALIMAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN ANAK-ANAK CEMERLANG DALAM PELAJARAN (EN SOBBRI YAACOB MEWAKILI ANAK BELIAU)
SUMBANGAN KEPADA AHLI BALU PUAN SYARIFAH AMINAH
YB DATO' DR KU ABD RAHMAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA AHLI YANG CEDERA SEMASA BERTUGAS EN TAJUDDIN
YB DATO' DR KU ABD RAHMAN DIRINGI OLEH YDP UNTUK ACARA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KALI KE 3
AHLI-AHLI MENDAFTAR KEHADIRAN MESYUARAT
SEMAKAN KEAHLIAN DAN BAYARAN YURAN TAHUNAN

Thursday, March 22, 2012

MESYUARAT AGUNG EX-SAPPERS WILAYAH UTARA KALI KE 3 TAHUN 2012

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua Warga Ex-Sappers Utara, jangan lupa temu janji kita pada 24hb.Mac,2012(Sabtu)jam 1400. Mesy Agung Ex-sappers Wilayah Utara di Permaipura Golf & Country Club,Bedong,Kedah.Antara yg akan dibincangkan ialah;pakej insuran utk ahli, pakej istimewa Celcom utk ahli, rombongan HUT RAJD ke59 di Kluang yg akan bergerak dgn KTMB koc sewa khas,dll. Jgn lupa juga nama anak2 yg cemerlang dlm PMR 6A keatas & juga SPM yg akan diumumkan esok,ada sumbangan untuk mereka yg cemerlang.Bawa salinan keputusan peperiksaan & serahkan kpd AJK semasa pendaftaran. Harap maklum. Terima kasih; Drp: Setiausaha

MENDIANG KAPT ASOHAN A/L ISAC (B)

Mendiang Kapt Asohan a/l Isac (B) T 3007117 "Ex-Sappers" yang mengidap "Pancreas Cancer" telah meninggal dunia t/hari tadi 21hb Feb,2012 di hospital Taiping. Warga Ex-Sappers Wilayah Utara mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Urusan pengkebumian akan diadakan esok 22hb.Feb,2012 di Taiping. Alamat mendiang di No.6, Lorong SS4, Taman Simpang Setia, Taiping,Perak. Sekian,harap maklum!!

Monday, December 26, 2011

SESI TEH TARIK BERSAMA LT KOL BASRI OMAR (B) PGB DI KANGAR



Lt Kol Basri Omar(B) PGB, En Talib Othman (506250), En Hashim Ahmad (302560) & Setiausaha Ex-Sappers Wil Utara Mej Mohd Fauzi Abdullah (B) sembang-sembang sambil pekena teh tarik di Kangar, Perlis. Banyak yang dibualkan sambil mengimbau kisah-kisah lalu semasa dalam perkhidmatan. Terima kasih kepada Lt Kol Basri kerana sudi berkunjung ke Perlis semata-mata untuk bertemu kami Ex-Sappers disini.

Friday, August 26, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

PENAUNG, YDP & SEMUA WARGA EX-SAPPERS WILAYAH UTARA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1432H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.
MAAF DZAHIR & BATIN

Monday, August 22, 2011

TUMBANGNYA WIRA-WIRA......!!

Coretan peristiwa pengorbanan anggota ATM (Sappers) dalam operasi pembersihan jerangkap samar yang telah mengorbankan jiwa dan ramai yang tercedera. Coretan ini adalah sebahagian daripada memori yang terpahat dalam setiap anggota tentera yang terlibat dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan…!!

Tumbangnya Wira-Wira…..

Ketika sedang sibuk memberi pengcahayaan kepada Sapper Mad, tiba-tiba saya terdengar Lt Basri berteriak dari atas berdekatan dengan pintu terowong….mana Lt XXX? Secara automatik sambil menoleh kebelakang, saya menjawab dengan suara yang agak tinggi juga…..di bawah tuan. Dari bebayang dipintu terowong, saya dapat lihat kelibat 2-3 orang sedang menuruni tangga masuk manakala saya meneruskan operasi pembersihan. Selang beberapa saat kemudian, satu letupan dibelakang mengegarkan terowong. Saya merasakan gegaran sehingga terasa dinding terowong bergoyang, habuk dan asap memenuhi ruang sehingga cahaya suluhan lampu suluh menjadi seolah-olah “light-sabre” dalam filem “Star Wars”. Tersentak….hanya perkatan “DIAM” yang keluar dari mulut….lalu saya menoleh kebelakang. Dalam keadaan samar dari kedudukan saya, Nampak dua tubuh terbaring di lantai terowong dan terdengar suara mengerang kesakitan dijarak 20-25 kaki dari saya. Alhamdulillah, tiada sesiapa pun antara kami yang kelam kabut atau berlari. Semuanya terpaku di lantai terowong apabila mendapat arahan “diam”….saya lihat anggota Komando sudah bersedia dengan M16 dalam kedudukan sedia untuk bertindak. Tiada perkataan dapat membayangkan betapa senyap dan sepinya ketika itu sehinggala…… “backtrack dan angkat yang cedera keluar dari mulut saya”. Seketika kemudian, saya terdengar… “Tuan Basri dan Dollah kena Tuan”. Dari tempat saya, jelas kelihatan dua tubuh diangkat oleh rakan-rakan lain dan dibawa keluar dari terowong…semasa saya dan Sapper Mad melintasi kawasan letupan, jelas kelihatan lubang kesan bahan peledak sebesar 8-12 inci di dinding kiri terowong (sebelah kanan saya masa keluar) diparas pinggang.

Sampai di permukaan atas, saya lihat dua tubuh berada di atas gelanggang. Lt Basri telah diletakkan atas stretcher secara meniarap manakala LKPL Abdullah sedang dipangku oleh Kpl Kassim dan dikelilingi oleh Sappers yang lain. Jelas kelihatan Lt Basri dalam kesakitan namun beliau masih boleh bergerak, cuma saya lihat seluar dibahagian pinggulnya berlubang-lubang dan berdarah . Saya menoleh kearah Kpl Kassim yang air matanya bergelinang manakala yang lain dalam keadaan terkejut dan murung serta ada yang menangis teresak-esak…apabila saya hampir saya terdengar Kpl Kassim sedang membisikkan kalimah “Assyaduallah illahaillallah Waashsyaduanna Muhamadarasullullah” ketelinga Lkpl Abdullah. Saya lihat sekujur kaku yang berdarah di kawasan perut sebelah kiri yang dibalut dengan shell dressing yang tidak lagi putih tetapi merah. Saya Lt Muda XXXX yang berusia 21 tahun dan telah melalui kehidupan tentera sejak berumur 16 tahun dan dilatih untuk berdepan situasi sebegini, namun saya jatuh terduduk di depan jenazah Allahyarham sambil menangis terisak-isak. Di dalam genggaman tangan kanan saya tersedia botol morfin dan sebilah syringe namun ianya tidak diperlukan lagi.

Masih dalam keadaan sedih, saya terdengar teriakan….. “bawa ke LP, heli on the way”, barulah saya tersentak dan menuju kearah Lt Basri yang dalam kesakitan dan tanpa banyak soal, saya terus menyuntik beliau dengan morfin yang ada ditangan namun, Alhamdulillah, saya lihat tiada kecederaan yang merbahayakan dan semua anggota badan beliau masih ada. Semasa diusung oleh Komando menuju ke LP, beliau telah sempat memberi arahan terakhir beliau kepada saya…. ‘whatever happened, you blow the tunnel’. Saya sekadar mengganguk tanda faham dan melihat tubuh longlai beliau dan jenazah Allahyarham Lkpl Abdullah diusung ke LP sehingga lenyap dari pandangan kami semua di tengah-tengah gelanggang.

Kami masih tidak bergerak dari tempat Arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Semua tunduk dan tiada seorang pun dari kami yang tidak mengalirkan air mata. Kpl Choo Chin Eng alias “bricklayer” bekas budak Royal Engineers yang paling tua antara kami dan berasal dari Pulau Pinang, saya lihat tidak henti-henti mengesat airmatanya; Kassim “Pronto” yang lembut pada zahirnya namun keras hati, tetap mengalirkan airmata, begitu jua Misnan “Jawa”, Mat “Chabai” dan lain-lain. Sesekali, saya terpandang ke tompokan darah Arwah di bumi dan sampul shell dressing yang bertaburan ditiup angin. Tiada kata-kata dapat menerangkan betapa “dingin” nya suasana semasa itu.

Kedinginan dunia kami hanya dipecahkan oleh deruman kipas Nuri yang makin lama makin dekat menghampiri LP. Saya bergegas bangun dan mengarahkan yang lain untuk kekal di situ untuk mengumpulkan semua peralatan dan kelengkapan kerja dan akan kembali untuk memberi arahan selanjutnya. Setibanya di LP, saya bertemu Pak Sudir yang mengucapkan takziah kepada saya dan seterusnya saya bergegas bersama-sama Komando menaikkan Lt Basri dan jenazah Arwah ke dalam perut Nuri. Saya sempat melambai kepada Lt Basri sehingga Nuri hilang dari pandangan.

Petikan kisah pengorbanan anggota-anggota tentera yang menjalankan tugas menentang pengganas komunis sekitar tahun 70an dan 80an yang boleh dibaca dalam buku ‘Coretan X-Nuri Pilot’ tulisan Mejar Nor Ibrahim bin Sulaiman TUDM (B). Tahniah kepada Mejar Nor Ibrahim kerana dapat menerbitkan buku yang mengisahkan perjuangan anggota-anggota ATM ini. Al-Fatihah kepada Wira-Wira yang terkorban dan Selamat Maju Jaya kepada yang masih meneruskan perjuangan dalam bidang masing-masing…!!

Monday, August 15, 2011

KAD RAYA EXSAPPERS WILAYAH UTARA

Ex-Sappers Wilayah Utara ada menjual Kad Raya seperti di atas untuk ahli-ahli yang berminat. Harga sekeping RM 2.00 sahaja. Kepada ahli-ahli yang ingin membeli sila hubungi Bendahari Tuan Hj Ramli bin Hj Abd.Ghani di no tel: 019-4191111 atau Pen.Bendahari Hj Mat Sulaiman bin Yusof di no tel: 013-4015364.

Monday, May 23, 2011

PERJUMPAAN AHLI-AHLI EX-SAPPERS ZON PERAK UTARA





Sekitar aktiviti perjumpaan ahli-ahli Ex-Sappers Zon Perak Utara yang diadakan pada 22hb. Mei,2011 di SSL Traders Hotel, Taiping