Monday, March 22, 2010

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUN 2010

Adalah dimaklumkan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2010 akan diadakan seperti berikut:


a. Tarikh : 03hb. April, 2010 (Sabtu).

b. Masa : Mulai jam 2.00 ptg – 6.00 ptg.

c. Tempat : Permaipura Golf & Country Club, Bedong, Kedah.

YDP dan semua AJK menjemput tuan/puan/saudara/saudari, untuk hadir pada mesyuarat agung tahun ini bagi membincangkan hala tuju Pertubuhan Ex-Sappers Wilayah Utara ini. Kehadiran tuan/puan/saudara/saudari amatlah diharapkan.

Untuk Ex-Sappers yang belum menjadi ahli juga dijemput hadir dan Kaunter Pendaftaran juga disediakan untuk pendaftaran ahli baru. Sila bawa satu salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar, salinan buku/kad perkhidmatan tentera dan yuran pendaftaran/tahunan RM 40.00 sahaja.

Kehadiran tuan/puan/saudara/saudari amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Saturday, March 13, 2010

AL-FATIHAH UNTUK RAKAN AHLI EXSAPPERS YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Al-Fatihah. Pada 12hb. Mac, 2010 jam 8 malam Ex-Sappers Wilayah Utara telah kehilangan seorang ahli iaitu CHE KASSIM BIN SUDIN (PW 2 Bersara) T 1011094, No Ahli R 03, yang telah kembali ke Rahmatullah kerana mengidap penyakit buah pinggang. Jenazah telah selamat dikebumikan di Kuala Perlis pada 13hb.Mac, 2010. Warga Ex-Sappers mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Insyaallah.

Friday, March 12, 2010

MESYUARAT AGUNG EX-SAPPERS WILAYAH UTARA TAHUN 2010

Mesyuarat Agung yang dijadualkan pada 27hb.Mac, 2010 bersamaan hari Sabtu telah ditunda kepada 3hb.April, 2010 bersamaan hari Sabtu, bermula jam 2.00 ptg hingga 6.00 ptg. Mesyuarat akan diadakan di PERMAIPURA GOLF & COUNTRY CLUB, Bedong, Kedah. Semua ahli Ex-Sappers Wilayah Utara adalah dijemput hadir. Untuk Ex-Sappers yang masih belum menjadi ahli juga dijemput hadir dan pendaftaran juga boleh dibuat pada hari tersebut.

Sekian, harap maklum.