Saturday, June 27, 2009

MAKLUMAT UNTUK ANAK AHLI-AHLI EX-SAPPERS YANG AKAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA

Sekiranya anak-anak ahli Ex-Sappers Wilayah Utara, yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPTA atau Politeknik, Veteran ATM akan menyumbangkan wang berjumlah RM1,000.00 untuk “Pelajar Ijazah” dan RM700.00 untuk “Pelajar Diploma”. Hanya untuk IPTA dan Poli kerajaaan sahaja (bukan swasta).

Sila ambil borang BQ-BK-04 Pindaan-0 JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM KEMENTERIAN PERTAHANAN untuk SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM di ibu pejabat JHEV, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumur atau di pejabat JHEV negeri-negeri. Hanya untuk ijazah pertama (bukan sarjana).

Sertakan:

a. Surat tawaran kemasukan
b. Resit pembayaran kemasukan

Dokumen sokongan:

a. Buku Perkhidmatan
b. Kad pengenalan veteran dan suami/isteri
c. Kad pengenalan dan Sijik Lahir anak
d. Sijil kematian veteran (jika telah meninggal waris boleh mohon)
e. Sijil nikah
f. Penyata Gaji atau pencen jika berkaitan.

Sekian, untuk maklumat semua. Terima kasih.