Monday, September 27, 2010

GAMBAR SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI EXSAPPERS WILAYAH UTARA PADA 25HB.SEP,2010

YDP Tuan Hj Shuib@Ismail Md Isa sedang memberi ucapan alu-aluan kepada semua yang hadir.

YBhg. Lt Kol Basri Omar (B) yang mewakili Penaung sedang memberikan ucapan pada majlis ini.

Ahli-ahli yang hadir sedang mendengar ucapan sebelum menjamu selera.

Ahli-ahli yang hadir beramah mesra serta mengimbau kenangan lalu.

Teringat makan di cook house Kem Sangro....!!

Bergambar untuk kenang-kenangan.

Mej Nor Ibrahim Sulaiman (B) TUDM tetamu ExSappers Wilayah Utara,kusyuk mendengar cerita pengalaman operasi memusnahkan jerangkap samar dari En Tan Idris & En Hj Arshad.

Mengimbau kenangan silam.

En Tukiran datang dari Jerantut, Pahang untuk bertemu dengan rakan-rakan lama.

Mej (B) Amir & Mej (B) Yusri juga turut hadir.

Wednesday, September 1, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H/2010

EX-SAPPERS WILAYAH UTARA MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday, August 24, 2010

BAYARAN YURAN TAHUNAN AHLI

Bayaran yuran tahunan ahli boleh di bayar kepada AJK Zon masing-masing atau boleh dibayar melalui akaun bank Ex-Sappers Wilayah Utara melalui ATM Bank Islam dimana-mana cawangan. Maklumat akaun adalah seperti berikut:

BANK ISLAM BHD,
NO AKAUN: 0201 1010 1014 47
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BEKAS ASKAR JURUTERA DIRAJA WILAYAH UTARA

Slip bayaran boleh dihantar kepada Bendahari dengan mencatitkan NO AHLI, NAMA & NO TEL, atau boleh terus berhubung dengan Bendahari melalui HP : 019-4191111 (HJ Ramli Abd Ghani) atau Pen.Bendahari HP No: 019-4453854 (Hj Mat Sulaiman Yusof).

Sekian, harap maklum.

Thursday, August 19, 2010

INFO UNTUK SEMUA

Bekas Dan Veteran Tentera Boleh Dapatkan Bantuan Dari JHEV

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bekas anggota tentera yang tidak menerima sebarang bantuan atau pencen boleh memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (JHEV),kata Ketua Pengarahnya Mej-Jen Datuk Zulkiflee Mazlan.

Beliau berkata dianggarkan 280,000 bekas tentera telah menamatkan perkhidmatan tetapi hanya 19,000 yang menerima bayaran pencen.

"Saya menyeru kepada mana-mana bekas atau veteran tentera yang tidak berdaftar dengan Persatuan Bekas Tentera (PBTM) atau yang tidak menerima bantuan atau pencen atas sebab-sebab tertentu seperti menamatkan perkhidmatan awal, supaya menghubungi jabatan ini jika memerlukan bantuan," katanya.

Bercakap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri JHEV kepada penerima dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor di sini, beliau berkata bekas tentera boleh memohon bantuan kewangan dan perubatan dengan menghubungi JHEV di talian 03-20508000.

"Saya juga berterima kasih kepada media kerana mendekatkan jabatan ini dengan pesara-pesara tentera. Adanya akhbar dan media, bekas tentera dapat mengetahui kewujudan jabatan ini yang mana membolehkan mereka mendapatkan bantuan daripada pihak kami," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, August 18, 2010

KENANGAN DI BULAN RAMADHAN DI BUMI ASING

Semasa kami bertugas di Namibia pada tahun 1989-90 di bawah panji-panji PBB (UNTAG NAMIBIA), tugas kami yang paling mencabar ialah memusnahkan periok api & UXB (Unexploded Bomb). Saya masih ingat lagi peristiwa ini semasa kami baru menjejakkan kaki di Namibia pada tahun 1989, iaitu dalam bulan Ramadhan. Sebagai anggota Sappers kami sentiasa bersedia walaupun baru sahaja menjejakkan kaki di bumi asing ini. Kami telah diberi taklimat oleh wakil UNTAG mengenai periok api & UXB ini yang telah banyak mengorbankan orang-orang awam terutama kanak-kanak. Jadi kami ditugaskan untuk mencari dan memusnahkan periok api dan UXB ini di kawasan penempatan yang merbahayakan orang awam. Saya mempersiapkan anggota-anggota untuk membuat persiapan dan memberikan taklimat mengenai tugas-tugas bahaya yang bakal kami laksanakan. Sebagai anggota yang terlatih dan terpilih untuk misi ini, anggota-anggota kami tidak mempunyai masalah dan masing-masing bersedia untuk menggalas tugas yang mencabar ini.


Pada hari pertama, kami telah dapat mengesan 20 butir UXB dan periok api manakala pada hari kedua pula sebanyak 30 butir, sehinggalah lebihkurang seminggu kami menjalankan tugas ini tanpa henti walaupun terpaksa menahan lapar dan dahaga. Kami dapat mengesan hampir 200 butir termasuk periok api dan UXB. Alhamdulillah, semua anggota-anggota tidak mengalami sebarang kecederaan semasa melaksanakan tugas ini. Oleh kerana kawasan ini terlalu besar dan anggota-anggota kami terpaksa pula melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan kem, kerana pada masa yang sama Kompeni-Kompeni dari MALBATT mengambil kedudukan di penempatan masing-masing. Jadi banyak yang perlu diperbaiki & diselenggara bagi memberikan keselesaan kepada anggota-anggota MALBATT.


Saya terus memaklumkan kepada Pegawai Memerintah MALBATT untuk memohon bantuan daripada Australian Engineers untuk meneruskan tugasan ini bagi memusnahkan periok api dan UXB di kawasan-kawasan yang masih belum kami musnahkan. Semenjak dari itu anggota-anggota kami dan Australian Engineers saling bekerjasama bagi memusnahkan periok api dan UXB ini. Kawasan-kawasan yang merbahaya terutamanya di sempadan Namibia dan Angola, yang masih saya ingat seperti Ruacana, Opuwo, Oshakati, Ondangwa, Okalongo, Eenhana dan lain-lain lagi yang menjadi sejarah dalam hidup kami. Saya bersyukor dan berbangga kerana dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini disamping menyelamatkan orang-orang awam terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa daripada menjadi mangsa periok api dan UXB ini. Begitulah coretan pengalaman kami dan simbol kemegahan dan keberanian “Anggota-anggota Sappers” di Namibia ini, kami abadikan bersama “BLUE HELMET’ yang kami pamerkan di Muzium Kor Jurutera Diraja, Kem Mahkota, Kluang, Johor.


Coretan pengalaman EX-SAPPERS UNTAG NAMIBIA 1989-1990



Nota : Sekiranya ada Warga Ex-Sappers yang mempunyai kenangan untuk dikongsi bersama sila emailkan kepada : exsappers@gmail.com

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA


YDP & SEMUA AJK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA WARGA EX-SAPPERS & WARGA RAJD SERTA UMAT ISLAM, SEMOGA SEGALA AMALAN & KEBAJIKAN YANG KITA LAKSANAKAN AKAN DIBERKATI ALLAH SWT, INSYAALLAH..!!

Monday, August 9, 2010

MESYUARAT AJK SIRI 2/2010 YANG DI ADAKAN DI KEDIAMAN YDP, ALOR SETAR PADA 8HB.OGOS,2010

Penasihat, YDP dan AJK yang hadir pada Mesyuarat kali ini bagi melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh semua ahli-ahli Ex-Sappers Wilayah Utara.

Mesyuarat kali ini telah membincangkan mengenai permohonan keahlian, tempahan Kad Ahli, kutipan yuran keahlian serta persiapan Sambutan Aidilfitri 2010 yang akan di adakan nanti.

Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan Sambutan Aidilfitri pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 25hb. September, 2010 (Sabtu) bersamaan 16 Syawal.
Masa : Mulai jam 12.00 t/hari - 4.00 petang.
Tempat : Permaipura Golf & Country Club, Bedong,Kedah.
Kehadiran : Semua ahli-ahli Ex-Sappers & Keluarga.
Ex-Sappers yang belum menjadi ahli juga dijemput hadir & kaunter pendaftaran juga akan disediakan pada hari tersebut.

Terima Kasih & Harap Maklum.

Tuesday, May 18, 2010

SURAT WAKIL KONTRAKTOR KELAS F - EX-SAPPERS WILAYAH UTARA

JANGAN ANAK TIRIKAN KAMI EX-SAPPERS!!

Pertubuhan Kebajikan Bekas Askar Jurutera Diraja Wilayah Utara (Ex-Sappers Wilayah Utara) telah ditubuhkan bagi mengeratkan silaturrahim bekas-bekas Ex-Sappers dan juga membantu ahli-ahli dari segi kebajikan dan juga memantapkan rangkaian perniagaan ahli-ahli yang berkecimpung dalam perniagaan dan kontraktor. Buat ketika ini dana pertubuhan banyak bergantung kepada sumbangan ahli-ahli yang telah berjaya dalam perniagaan disamping kutipan yuran tahunan ahli-ahli dan juga sumbangan agensi-agensi yang prihatin terhadap pertubuhan ini. Walau bagaimanapun banyak rungutan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli terutamanya ahli-ahli dikalangan kontraktor Kelas F. Untuk tahun 2009 tidak ada satu pun kontraktor yang berjaya menerima tawaran tender daripada JP & P. Beberapa perjumpaan juga telah dibuat dan surat permohonan juga telah dihantar untuk mendapat perhatian pihak JP & P bagi membantu ahli-ahli Ex-Sappers tetapi jawapan yang diterima “tiada peruntukan lagi”. Tetapi dalam masa yang sama kontraktor yang tidak bernaung di bawah Pertubuhan Ex-Sappers telah mendapat tawaran untuk projek-projek kecil disekitar utara ini sepanjang tahun 2009.

Mohon perhatian dan keperihatinan pihak JP & P dan Kor RAJD agar memberi sedikit ruang kepada kontraktor kelas F – Ex-Sappers Wilayah Utara ini untuk terlibat dalam kerja-kerja kecil di kawasan utara ini.

Kontraktor Kelas F – “Ex-Sappers Wilayah Utara”

Monday, April 19, 2010

Sunday, April 18, 2010

THE ROYAL MALAYSIAN ARMY ENGINEERS

Ba’kelalan, a remote area nestled 970 meters high in the Bario Highlands of Sarawak that I had written about in May last year is back in the news (NST Online dated Apr 14, 2010). The Royal Malaysian Army Engineers is reported to be constructing a total of 10 bridges and a 75 km road linking Lawas to Ba’kelalan at almost half the projected cost. It was around September last year that the government approved RM50 million for the first construction phase of a road from Lawas to Ba’kelalan, and I presume this is part of the same project that the Army Engineers is currently involved.

Since leaving Ba’kelalan in 1967, I have not been back to the place, despite having served Sabah on several occasions. It is much closer to get to Ba’kelalan by air from Kota Kinabalu, Sabah then it is from Kuching, Sarawak. I am not quite sure whether there are direct flights from Sabah to Ba’kelalan now, or one has to travel down to Kuching first, for a flight to Ba’kelalan. In the early days, there was already an airstrip at Long Semado where the RMAF Caribou transport aircraft would land to supply troops operating in the Long Semado area, and subsequently fly to Ba’kelalan to do a supply airdrop, since there wasn’t an airstrip at Ba’kelalan then.

When Ba’kelalan appeared in the news, I am reminded of Brig Jen Dato Mazlan Baharuddin (Retired) who in 1967 was the platoon commander based in Ba’kelalan, whom I had to replace during a changeover between our battalions i.e. 4 RMR and 6 RMR. Ba’kelalan too reminds me of a remote village called Long Rusu that is home of the Muruds and the gorgeous Murud lass named Rinai that I had written about in my May 2009 posting. I am quite sure Mazlan would be reading this posting and would reminisce with joy of having been the young and energetic platoon commander manning the Ba’kelalan outpost.

The Army Engineers is one corps that I have my greatest respect and fondness. From the experience being with them, they seemed reluctant to stop working until they were told to stop. This was what I observed during my tenure as the Malaysian Contingent Commander for UN Peacekeeping Operations in Cambodia at which time a field troop was assigned to the contingent. They are men of multiple skills and despite the enormous workload assigned to them, there has never been a whimper of complaint or dissatisfaction.

The Lawas-Ba’kelalan road and bridge projects assigned to the Army Engineers will surely be a challenging one. And it is not only the hazardous terrain and the cold nights that the soldiers have to endure, but also the long period of separation from their families. This is where most who are not familiar with the military service and their nature of work, can never appreciate the life that a soldier has to go through.
With the insurgency over, it is right that the Army Engineers be deployed to perform works that will benefit the people such as the one in Ba’kelalan. I am quite sure the people of Ba’kelalan and Lawas will remember the Army Engineers for their work for a very long time. And for the soldiers themselves, it is the field experience that they gain, that may be useful to them after they leave the military service.

And to my dear friend Brig Jen Dato Mazlan, like us who are now grandfathers, I suppose Rinai too must be a grandmother.

ARTICLE FROM:
BRIG.JEN(B) DATO' MUHAMMAD ARSHAD RAJI
http://mindnoevil.blogspot.com

Thank You, Dato'.

Thursday, April 8, 2010

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG PERTAMA TAHUN 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUN 2010 TELAH DIADAKAN DI PERMAIPURA GOLF & COUNTRY CLUB, BEDONG, KEDAH. MESYUARAT TERSEBUT TELAH DAPAT DIADAKAN DENGAN LANCAR DAN KEHADIRAN AHLI-AHLI JUGA AMAT MENGGALAKKAN. RAMAI AHLI-AHLI BARU JUGA TURUT HADIR UNTUK MENDAFTAR.

AJK PENDAFTARAN SEDANG SIBUK MENDAFTAR AHLI UNTUK HADIR MESYUARAT DAN JUGA PENDAFTARAN AHLI-AHLI BARU.

PENASIHAT LT KOL HJ KHAIRUDDIN MOHD ALI(B) SEDANG MEMBERI UCAPAN PERASMIAN SEBELUM MESYUARAT DIJALANKAN DAN BARISAN AJK YANG SEDANG MENDENGAR DENGAN PENUH KUSYUK

AHLI-AHLI YANG HADIR TERMASUK AHLI BARU MEJ SABIR AHMAD (B) & MEJ NAZLAN (B), MEJ AMIRUDDIN (B) & MEJ DAMANHURI (B) SEDANG MENDENGAR PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN EX-SAPPERS WILAYAH UTARA

EN ZAKARIA OTHMAN AHLI PERAK UTARA SEDANG MEMBERIKAN CADANGAN UNTUK DIPERBINCANGKAN OLEH SEMUA AHLI-AHLI EX-SAPPERS WILAYAH UTARA

SETELAH MESYUARAT DITANGGUHKAN SEMUA AHLI-AHLI MENJAMU SELERA DAN DISULAMI DENGAN ACARA CABUTAN BERTUAH

ISTERI EN MD NOOR ARIFFIN MEWAKILI SUAMINYA AHLI SG PETANI MENERIMA HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH SEBUAH TV 21". TAHNIAH !!



AHLI-AHLI YANG HADIR JUGA TURUT BERTUAH MENERIMA HADIAH CABUTAN BERTUAH PADA KALI INI. TAHNIAH SEMUA & TERIMA KASIH JUGA KEPADA PENYUMBANG-PENYUMBANG YANG TELAH MENYEDIAKAN SEBANYAK 34 HADIAH PADA HARI TERSEBUT!!

TIDAK KETINGGALAN JUGA EX-SAPPERS WILAYAH UTARA AKAN MEMBERI SUMBANGAN SAGUHATI KEPADA BALU-BALU YANG HADIR DALAM MESYUARAT INI. PENASIHAT LT.KOL. HJ. KHAIRUDDIN MOHD ALI (B) SEDANG MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA PUAN WAN ASRIAH BT WAN ISMAIL.

YDP EN SHUIB@ISMAIL MD ISA SEDANG BERTANYAKAN SESUATU KEPADA SALAH SEORANG AHLI YANG DITIMPA MUSIBAH EN SHAARI BIN AB AZIZ YANG TURUT MENERIMA SUMBANGAN. EX-SAPPERS WILAYAH UTARA AKAN BERUSAHA MEMBANTU AHLI-AHLI YANG DITIMPA MASALAH SEPERTI INI.

"TERIMA KASIH"
KEPADA SEMUA YANG HADIR BAGI MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUN 2010 INI DAN YDP DAN SEMUA AJK BERHARAP AKAN DAPAT BERJUMPA LAGI DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUN HADAPAN, INSYAALLAH !!

Monday, March 22, 2010

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUN 2010

Adalah dimaklumkan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2010 akan diadakan seperti berikut:


a. Tarikh : 03hb. April, 2010 (Sabtu).

b. Masa : Mulai jam 2.00 ptg – 6.00 ptg.

c. Tempat : Permaipura Golf & Country Club, Bedong, Kedah.

YDP dan semua AJK menjemput tuan/puan/saudara/saudari, untuk hadir pada mesyuarat agung tahun ini bagi membincangkan hala tuju Pertubuhan Ex-Sappers Wilayah Utara ini. Kehadiran tuan/puan/saudara/saudari amatlah diharapkan.

Untuk Ex-Sappers yang belum menjadi ahli juga dijemput hadir dan Kaunter Pendaftaran juga disediakan untuk pendaftaran ahli baru. Sila bawa satu salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar, salinan buku/kad perkhidmatan tentera dan yuran pendaftaran/tahunan RM 40.00 sahaja.

Kehadiran tuan/puan/saudara/saudari amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.