Tuesday, August 24, 2010

BAYARAN YURAN TAHUNAN AHLI

Bayaran yuran tahunan ahli boleh di bayar kepada AJK Zon masing-masing atau boleh dibayar melalui akaun bank Ex-Sappers Wilayah Utara melalui ATM Bank Islam dimana-mana cawangan. Maklumat akaun adalah seperti berikut:

BANK ISLAM BHD,
NO AKAUN: 0201 1010 1014 47
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BEKAS ASKAR JURUTERA DIRAJA WILAYAH UTARA

Slip bayaran boleh dihantar kepada Bendahari dengan mencatitkan NO AHLI, NAMA & NO TEL, atau boleh terus berhubung dengan Bendahari melalui HP : 019-4191111 (HJ Ramli Abd Ghani) atau Pen.Bendahari HP No: 019-4453854 (Hj Mat Sulaiman Yusof).

Sekian, harap maklum.

Thursday, August 19, 2010

INFO UNTUK SEMUA

Bekas Dan Veteran Tentera Boleh Dapatkan Bantuan Dari JHEV

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bekas anggota tentera yang tidak menerima sebarang bantuan atau pencen boleh memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (JHEV),kata Ketua Pengarahnya Mej-Jen Datuk Zulkiflee Mazlan.

Beliau berkata dianggarkan 280,000 bekas tentera telah menamatkan perkhidmatan tetapi hanya 19,000 yang menerima bayaran pencen.

"Saya menyeru kepada mana-mana bekas atau veteran tentera yang tidak berdaftar dengan Persatuan Bekas Tentera (PBTM) atau yang tidak menerima bantuan atau pencen atas sebab-sebab tertentu seperti menamatkan perkhidmatan awal, supaya menghubungi jabatan ini jika memerlukan bantuan," katanya.

Bercakap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri JHEV kepada penerima dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor di sini, beliau berkata bekas tentera boleh memohon bantuan kewangan dan perubatan dengan menghubungi JHEV di talian 03-20508000.

"Saya juga berterima kasih kepada media kerana mendekatkan jabatan ini dengan pesara-pesara tentera. Adanya akhbar dan media, bekas tentera dapat mengetahui kewujudan jabatan ini yang mana membolehkan mereka mendapatkan bantuan daripada pihak kami," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, August 18, 2010

KENANGAN DI BULAN RAMADHAN DI BUMI ASING

Semasa kami bertugas di Namibia pada tahun 1989-90 di bawah panji-panji PBB (UNTAG NAMIBIA), tugas kami yang paling mencabar ialah memusnahkan periok api & UXB (Unexploded Bomb). Saya masih ingat lagi peristiwa ini semasa kami baru menjejakkan kaki di Namibia pada tahun 1989, iaitu dalam bulan Ramadhan. Sebagai anggota Sappers kami sentiasa bersedia walaupun baru sahaja menjejakkan kaki di bumi asing ini. Kami telah diberi taklimat oleh wakil UNTAG mengenai periok api & UXB ini yang telah banyak mengorbankan orang-orang awam terutama kanak-kanak. Jadi kami ditugaskan untuk mencari dan memusnahkan periok api dan UXB ini di kawasan penempatan yang merbahayakan orang awam. Saya mempersiapkan anggota-anggota untuk membuat persiapan dan memberikan taklimat mengenai tugas-tugas bahaya yang bakal kami laksanakan. Sebagai anggota yang terlatih dan terpilih untuk misi ini, anggota-anggota kami tidak mempunyai masalah dan masing-masing bersedia untuk menggalas tugas yang mencabar ini.


Pada hari pertama, kami telah dapat mengesan 20 butir UXB dan periok api manakala pada hari kedua pula sebanyak 30 butir, sehinggalah lebihkurang seminggu kami menjalankan tugas ini tanpa henti walaupun terpaksa menahan lapar dan dahaga. Kami dapat mengesan hampir 200 butir termasuk periok api dan UXB. Alhamdulillah, semua anggota-anggota tidak mengalami sebarang kecederaan semasa melaksanakan tugas ini. Oleh kerana kawasan ini terlalu besar dan anggota-anggota kami terpaksa pula melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan kem, kerana pada masa yang sama Kompeni-Kompeni dari MALBATT mengambil kedudukan di penempatan masing-masing. Jadi banyak yang perlu diperbaiki & diselenggara bagi memberikan keselesaan kepada anggota-anggota MALBATT.


Saya terus memaklumkan kepada Pegawai Memerintah MALBATT untuk memohon bantuan daripada Australian Engineers untuk meneruskan tugasan ini bagi memusnahkan periok api dan UXB di kawasan-kawasan yang masih belum kami musnahkan. Semenjak dari itu anggota-anggota kami dan Australian Engineers saling bekerjasama bagi memusnahkan periok api dan UXB ini. Kawasan-kawasan yang merbahaya terutamanya di sempadan Namibia dan Angola, yang masih saya ingat seperti Ruacana, Opuwo, Oshakati, Ondangwa, Okalongo, Eenhana dan lain-lain lagi yang menjadi sejarah dalam hidup kami. Saya bersyukor dan berbangga kerana dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini disamping menyelamatkan orang-orang awam terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa daripada menjadi mangsa periok api dan UXB ini. Begitulah coretan pengalaman kami dan simbol kemegahan dan keberanian “Anggota-anggota Sappers” di Namibia ini, kami abadikan bersama “BLUE HELMET’ yang kami pamerkan di Muzium Kor Jurutera Diraja, Kem Mahkota, Kluang, Johor.


Coretan pengalaman EX-SAPPERS UNTAG NAMIBIA 1989-1990



Nota : Sekiranya ada Warga Ex-Sappers yang mempunyai kenangan untuk dikongsi bersama sila emailkan kepada : exsappers@gmail.com

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA


YDP & SEMUA AJK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA WARGA EX-SAPPERS & WARGA RAJD SERTA UMAT ISLAM, SEMOGA SEGALA AMALAN & KEBAJIKAN YANG KITA LAKSANAKAN AKAN DIBERKATI ALLAH SWT, INSYAALLAH..!!

Monday, August 9, 2010

MESYUARAT AJK SIRI 2/2010 YANG DI ADAKAN DI KEDIAMAN YDP, ALOR SETAR PADA 8HB.OGOS,2010

Penasihat, YDP dan AJK yang hadir pada Mesyuarat kali ini bagi melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh semua ahli-ahli Ex-Sappers Wilayah Utara.

Mesyuarat kali ini telah membincangkan mengenai permohonan keahlian, tempahan Kad Ahli, kutipan yuran keahlian serta persiapan Sambutan Aidilfitri 2010 yang akan di adakan nanti.

Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan Sambutan Aidilfitri pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 25hb. September, 2010 (Sabtu) bersamaan 16 Syawal.
Masa : Mulai jam 12.00 t/hari - 4.00 petang.
Tempat : Permaipura Golf & Country Club, Bedong,Kedah.
Kehadiran : Semua ahli-ahli Ex-Sappers & Keluarga.
Ex-Sappers yang belum menjadi ahli juga dijemput hadir & kaunter pendaftaran juga akan disediakan pada hari tersebut.

Terima Kasih & Harap Maklum.