Wednesday, May 27, 2009

PENUBUHAN BIRO EKONOMI EX-SAPPERS WILAYAH UTARA

Pada mesyuarat AJK Siri 3/09 yang lalu, AJK telah bersetuju untuk menubuhkan Biro Ekonomi bagi merancang strategi dan melaksanakan aktiviti ekonomi bagi tujuan mengumpul dana untuk memantapkan tabung pertubuhan. Ahli-ahli yang dilantik untuk mengetuai Biro ini ialah :



PENGERUSI BIRO EKONOMI
Kapt (B) Azhari Sidek


AHLI JAWATANKUASA 1
En Mohd Rejab Abu Bakar

AHLI JAWATANKUASA 2
En Matsafri Mohd Noh

Semua AJK dan Ahli-ahli Ex-Sappers Wilayah Utara amat berharap dengan perlantikan ini aktiviti ekonomi pertubuhan akan dapat dilaksanakan dengan lebih fokus dan seterusnya dapat mencapai matlamat dan tujuan pertubuhan.

Thursday, May 21, 2009

SUDUT KENANGAN - TOPLESS TOWN DI NAMIBIA

Semasa berkhidmat dalam Kor RAJD, saya pernah ditugaskan di Namibia dalam tahun 1989 hingga 1990 selama setahun dibawah panji-panji PBB misi UNTAG (United Nation Transition Assistance Group). Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kor Jurutera untuk misi ini. Tugas saya agak mencabar kerana terpaksa bertanggungjawab memusnahkan periok api & UXB(unexploded bomb) disamping kerja-kerja penyelenggaraan kem. Banyak tempat-tempat yang terpaksa kami lalui dan menghadapi berbagai-bagai macam ragam manusia. Tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah sempadan antara Namibia dan Angola, yang dipanggil “TOPLESS TOWN” di Ruacana Valley. Bandar ini dipenuhi dengan wanita-wanita kaum Ohimbas, iatu kaum yang ke3 termundur dalam dunia, yang masih berpakaian tradisional mereka. Tetapi kena berhati-hati kerana kalau kita curi-curi ambil gambar, mereka akan membaling kayu,batu dan apa saja kearah kita. Tetapi kalau kita beri mereka wang setiap seorang mereka akan berbaris macam model pulak...!! tetapi tidak boleh berdiri terlalu lama kerana kita perlu tahan nafas, kerana mereka ni tak mandi….!! Jadi kalau sesiapa yang berminat nak tubuhkan pasukan sorak pom-pom girl bolehlah panggil kumpulan ini, mesti mendapat sambutan hangat...!!

Coretan pengalaman saya, bersama dengan anggota RAJD di Namibia, Afrika...!!

Mej(B) Mohd Fauzi Abdullah- Namibia Afrika 1989-1990

Nota : Exsappers Wilayah Utara sangat mengalu-alukan cerita & pengalaman semasa berkhidmat dalam Kor RAJD untuk dipaparkan dalam ruangan "Sudut Kenangan" ini. Tuan-tuan boleh emailkan kepada exsappers@gmail.com

Saturday, May 16, 2009

MESYUARAT AJK SIRI 3/09 YANG DIADAKAN DI BANDAR BAHARU, KEDAH

Mesyuarat AJK Siri 3/09 yang telah diadakan pada 15hb. Mei, 2009 di perkarangan rumah En Mohd Rejab Abu Bakar AJK Zon Bandar Baharu. Turut hadir mesyuarat pada kali ini ialah Penasihat Pertubuhan, Lt Kol (B) Hj Khairuddin Mohd Ali. YDP, AJK & Ahli-ahli yang hadir mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Rejab kerana telah menyediakan tempat untuk mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat juga telah membincangkan rancangan untuk mempromosikan Pertubuhan Ex-Sappers serta menjemput bekas-bekas RAJD yang belum menjadi ahli untuk mendaftar sebagai ahli dan juga merancang untuk meningkatkan aktiviti ekonomi Pertubuhan bagi menambah dana pertubuhan.




AJK dan ahli-ahli sekitar Bandar Baharu turut hadir dalam mesyuarat ini dan Mesyuarat Siri 4/09 akan datang dirancang akan diadakan pada bulan Jul/Aug, 2009 yang akan diadakan di Pulau Pinang. AJK Zon Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian. Ahli-ahli yang berada disekitar Pulau Pinang dijemput untuk turut hadir dalam perjumpaan yang akan dianjurkan nanti.

Monday, May 11, 2009

EX-SAPPERS DARI REJIMEN PAKAR 40, 50, 60 & 70 SERTA SKN AW DIALU-ALUKAN UNTUK MENYERTAI PERTUBUHAN INI

Bagi mengeratkan silaturrahim semua bekas-bekas RAJD terutama yang menetap di Perak Utara, P.Pinang, Kedah & Perlis, AJK dan semua Ahli-ahli mengalu-alukan Ex-Sappers dari Rejimen Pakar 40, 50, 60 & 70 serta Skuadron AW untuk menyertai keahlian Pertubuhan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tuan-tuan boleh berhubung dengan AJK Zon atau hubungi terus Tele Info Ex-Sappers seperti di no berikut:
  • Tele Info Ex-Sappers - 019-5416107
  • AJK Zon Perak Utara - En Hj Arshad Ahmad - HP NO 019-4375662
  • AJK Zon Taiping - En Nasri Chik - HP NO 013-5072014
  • AJK Zon P.Pinang - Kapt(B) Azahari Sidek - HP NO 019-5995375
  • AJK Zon Sg Petani - En Rejab Hashim - HP NO 012-4179634
  • AJK Zon Bandar Baharu - En Rejab Abu Bakar - HP NO 019-5060471
  • AJK Zon Baling/Sik - En Mat Deli Awang - HP NO 019-4498364
  • AJK Zon Pendang - En Abd Rani Ibrahim - HP NO 019-4117762
  • AJK Zon Alor Setar - En Wahab Saad - HP NO 019-5424270
  • AJK Zon Langkawi - Ku Saharudin (Pak Ku) - HP NO 019-4498364
  • AJK Zon Perlis - En Hashnan Baharom - HP NO 017-4852102
Untuk menjadi ahli Yuran Tahunan adalah RM 30.00 & Yuran Pendaftaran RM 10.00 shj. Borang Pendaftaran boleh diperolehi melalui AJK Zon atau melalui Pejabat Pertubuhan Ex-Sappers.

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

AJK Ex-Sappers Wilayah Utara mewakili semua Ex-Sappers ingin merakamkan penghargaan & Ucapan Terima Kasih kepada Komandan, Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat, Pemerintah Rejimen Jurutera 3 Div & Pegawai serta anggota yang terlibat di atas sambutan & layanan istimewa semasa sambutan HUT RAJD ke 56 baru-baru ini. Penaung, YDP & AJK dan semua ahli-ahli amat terharu di atas sambutan yang begitu sempurna dan layanan istimewa yang diberikan oleh pegawai dan anggota-anggota RAJD. Ternyata kenangan manis ini tidak akan dilupakan oleh semua ahli-ahli Ex-Sappers terhadap sambutan ini.

Terima kasih khas kepada, Lt Kol Hamid & Mejar Khamis IKEM & Lt Kol Hamdan Abd Samad PRJ 3 Div.

Sunday, May 10, 2009

ROMBONGAN EX-SAPPERS WILAYAH UTARA SEMPENA HUT KE56 DI KLUANG, JOHOR

Pada 21 & 22 April, 2009 yang lalu, Kor RAJD telah menyambut HUT Ke 56 di IKEM, Kluang, Johor. Ex-Sappers Wilayah Utara juga turut hadir bagi meraikan sambutan HUT Ke 56 ini. Ybhg. Brig Jen(B) Dato' Pahlawan Hj Jamil Tahir, Penaung Pertubuhan Ex-Sappers Wilayah Utara, Tn Hj Shuib@Ismail Md Isa YDP & AJK Pertubuhan juga turut sama dalam rombongan ini yang hadir dengan sebuah bas sewa khas yang bertolak dari Alor Setar ke Kluang pada 21hb.April, 2009.

Ketua Rombongan En Abd Rani Ibrahim yang juga Pen Setiausaha Ex-Sappers bersama-sama dengan ahli-ahli yang turut sama dalam rombongan ini.

Ybhg. Brig Jen(B) Dato' Pahlawan Hj. Jamil Tahir, YDP Tn Hj Shuib@Ismail, Timb YDP En Che Mid dan ahli-ahli Ex-Sappers bergambar kenangan di Koc Seleksi Jurutera, di IKEM, Kluang, Johor.

Ex-Sappers bergambar beramai-ramai dengan Ketua Jurutera, Pegawai & PTT Kanan sempena sambutan HUT Ke 56 yang lalu selepas tamat perbarisan.

Perbarisan Sambutan HUT Ke 56 yang di adakan di padang Kawad IKEM, Kluang, Johor.

AL-FATIHAH UNTUK EX-SAPPERS YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Al-Fatihah untuk Arwah Ex-Sappers Allahyarham SSjn Abu Bakar (Bekas Sjn Admin Sek Jutra) yang telah meninggal dunia pada 30hb.April, 2009 yang lalu. Takziah kepada keluarga Allahyarham dan kita sama-sama mendoakan semoga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh, Insyaallah.

UNTUK INFO

Maklumat diterima rakan Ex-Sappers kita Lt Kol (B) Wong Yeng Kee telah meninggal dunia pada 30 Apr 09 yang lalu. Takziah kepada keluarga mendiang.

Terima kasih kepada Lt Kol(B) Basri di atas maklumat ini.

MESYUARAT AJK PERTUBUHAN

Mesyuarat AJK Pertubuhan Siri Pertama yang diadakan pada 24hb.Jan, 2009
di kediaman YDP Tn Hj Shuib@Ismail Md Isa bagi merancang hala tuju pertubuhan.

AKTIVITI PERTUBUHAN

LAWATAN KERUMAH AHLI YANG TERLIBAT KEMALANGAN

Salah seorang AJK Pertubuhan ini En Ku Sahharudin bin Ku Baharom (Pak KU) telah mengalami kemalangan pada awal bulan Jan, 2009 yang lalu. Beliau telah patah bahagian paha kanan dan patah dipergelangan tangan kiri setelah dilanggar oleh sebuah kenderaan MPV, semasa dalam perjalanan ketempat kerja di lapangan terbang Langkawi. Beliau adalah seorang pegawai MAS yang bertugas di lapangan terbang tersebut. Pak Ku adalah salah seorang bekas anggota RAJD yang pernah menghadiri kursus di UK bersama-sama dengan Ketua Jurutera sekarang Brig. Jen. Dato’ Pahlawan Ir. Abdul Nasser Ahmad satu ketika dulu.

SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Ybhg. Brig. Jen. (B) Dato’ Pahlawan Hj Jamil selaku Penaung Pertubuhan sedang menyampaikan sumbangan dari Pertubuhan Ex-Sappers Wilayah Utara
kepada balu salah seorang ahli yang telah meninggal dunia.

MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN

YDP Tn Hj. Shuib@Ismail Md Isa (Bekas RSM Terkanan RAJD) telah mempengerusikan Mesyuarat Agung
penubuhan yang turut dihadiri oleh Brig. Jen. (B) Dato’ Pahlawan Hj.Jamil Tahir & Lt Kol (B) Hj Khairuddin Mohd Ali.


Sebahagian daripada ahli-ahli yang turut hadir dalam Mesyuarat Agung Penubuhan bagi
menyokong dan merealisasikan Pertubuhan Ex-Sappers ini.