
Wednesday, May 27, 2009
PENUBUHAN BIRO EKONOMI EX-SAPPERS WILAYAH UTARA

Thursday, May 21, 2009
SUDUT KENANGAN - TOPLESS TOWN DI NAMIBIA
Semasa berkhidmat dalam Kor RAJD, saya pernah ditugaskan di Namibia dalam tahun 1989 hingga 1990 selama setahun dibawah panji-panji PBB misi UNTAG (United Nation Transition Assistance Group). Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kor Jurutera untuk misi ini. Tugas saya agak mencabar kerana terpaksa bertanggungjawab memusnahkan periok api & UXB(unexploded bomb) disamping kerja-kerja penyelenggaraan kem. Banyak tempat-tempat yang terpaksa kami lalui dan menghadapi berbagai-bagai macam ragam manusia. Tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah sempadan antara Namibia dan Angola, yang dipanggil “TOPLESS TOWN” di Ruacana Valley. Bandar ini dipenuhi dengan wanita-wanita kaum Ohimbas, iatu kaum yang ke3 termundur dalam dunia, yang masih berpakaian tradisional mereka. Tetapi kena berhati-hati kerana kalau kita curi-curi ambil gambar, mereka akan membaling kayu,batu dan apa saja kearah kita. Tetapi kalau kita beri mereka wang setiap seorang mereka akan berbaris macam model pulak...!! tetapi tidak boleh berdiri terlalu lama kerana kita perlu tahan nafas, kerana mereka ni tak mandi….!! Jadi kalau sesiapa yang berminat nak tubuhkan pasukan sorak pom-pom girl bolehlah panggil kumpulan ini, mesti mendapat sambutan hangat...!!Mej(B) Mohd Fauzi Abdullah- Namibia Afrika 1989-1990
Saturday, May 16, 2009
MESYUARAT AJK SIRI 3/09 YANG DIADAKAN DI BANDAR BAHARU, KEDAH
Monday, May 11, 2009
EX-SAPPERS DARI REJIMEN PAKAR 40, 50, 60 & 70 SERTA SKN AW DIALU-ALUKAN UNTUK MENYERTAI PERTUBUHAN INI
- Tele Info Ex-Sappers - 019-5416107
- AJK Zon Perak Utara - En Hj Arshad Ahmad - HP NO 019-4375662
- AJK Zon Taiping - En Nasri Chik - HP NO 013-5072014
- AJK Zon P.Pinang - Kapt(B) Azahari Sidek - HP NO 019-5995375
- AJK Zon Sg Petani - En Rejab Hashim - HP NO 012-4179634
- AJK Zon Bandar Baharu - En Rejab Abu Bakar - HP NO 019-5060471
- AJK Zon Baling/Sik - En Mat Deli Awang - HP NO 019-4498364
- AJK Zon Pendang - En Abd Rani Ibrahim - HP NO 019-4117762
- AJK Zon Alor Setar - En Wahab Saad - HP NO 019-5424270
- AJK Zon Langkawi - Ku Saharudin (Pak Ku) - HP NO 019-4498364
- AJK Zon Perlis - En Hashnan Baharom - HP NO 017-4852102
UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
AJK Ex-Sappers Wilayah Utara mewakili semua Ex-Sappers ingin merakamkan penghargaan & Ucapan Terima Kasih kepada Komandan, Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat, Pemerintah Rejimen Jurutera 3 Div & Pegawai serta anggota yang terlibat di atas sambutan & layanan istimewa semasa sambutan HUT RAJD ke 56 baru-baru ini. Penaung, YDP & AJK dan semua ahli-ahli amat terharu di atas sambutan yang begitu sempurna dan layanan istimewa yang diberikan oleh pegawai dan anggota-anggota RAJD. Ternyata kenangan manis ini tidak akan dilupakan oleh semua ahli-ahli Ex-Sappers terhadap sambutan ini.
Sunday, May 10, 2009
ROMBONGAN EX-SAPPERS WILAYAH UTARA SEMPENA HUT KE56 DI KLUANG, JOHOR
Ketua Rombongan En Abd Rani Ibrahim yang juga Pen Setiausaha Ex-Sappers bersama-sama dengan ahli-ahli yang turut sama dalam rombongan ini.
Ybhg. Brig Jen(B) Dato' Pahlawan Hj. Jamil Tahir, YDP Tn Hj Shuib@Ismail, Timb YDP En Che Mid dan ahli-ahli Ex-Sappers bergambar kenangan di Koc Seleksi Jurutera, di IKEM, Kluang, Johor.
Ex-Sappers bergambar beramai-ramai dengan Ketua Jurutera, Pegawai & PTT Kanan sempena sambutan HUT Ke 56 yang lalu selepas tamat perbarisan.AL-FATIHAH UNTUK EX-SAPPERS YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
UNTUK INFO
Terima kasih kepada Lt Kol(B) Basri di atas maklumat ini.
AKTIVITI PERTUBUHAN
LAWATAN KERUMAH AHLI YANG TERLIBAT KEMALANGAN
Salah seorang AJK Pertubuhan ini En Ku Sahharudin bin Ku Baharom (Pak KU) telah mengalami kemalangan pada awal bulan Jan, 2009 yang lalu. Beliau telah patah bahagian paha kanan dan patah dipergelangan tangan kiri setelah dilanggar oleh sebuah kenderaan MPV, semasa dalam perjalanan ketempat kerja di lapangan terbang Langkawi. Beliau adalah seorang pegawai MAS yang bertugas di lapangan terbang tersebut. Pak Ku adalah salah seorang bekas anggota RAJD yang pernah menghadiri kursus di UK bersama-sama dengan Ketua Jurutera sekarang Brig. Jen. Dato’ Pahlawan Ir. Abdul Nasser Ahmad satu ketika dulu.






