Monday, November 9, 2009

KISAH & TAULADAN

Pada 31hb. Okt, 2009 yang baru lalu saya telah dihubungi oleh seorang bekas pegawai RAJD dari KL yang amat saya kenali. Beliau telah memaklumkan kepada saya bahawa ada kisah salah seorang bekas anggota RAJD (Ex-Sappers) yang berada di Jitra dalam blog xnuripilot. Kisah mengenai anak kepada exsappers yang belajar di Sumatra yang menghadapi dilema selepas berlakunya gempa bumi disamping masalah kewangan untuk meneruskan pengajian disana. Setelah meneliti senarai keahlian Ex-Sappers Wilayah Utara, saya dapati Ex-Sappers yang dimaksudkan tidak ada dalam senarai. Saya terus menghubungi AJK Ex-Sappers dan cuba mendapatkan maklumat mengenainya. Saya akhirnya dapat berhubung dengan Ex-Sappers ini dan beliau mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan semua Ex-Sappers yang telah menghubunginya. Beliau menceritakan kepada saya mengenai inisiatif pegawai TUDM yang pada mulanya telah membawa kes ini ke pengetahuan yang berwajib dan juga keperihatinan pegawai Ex-Sappers yang begitu mengambil berat dalam menyalurkan kes ini ke pengetahuan Ketua Jurutera untuk tindakan susulan. Akhirnya kes ini dapat diselesaikan dan kini anaknya telah diterima untuk menyambung pengajian di dalam Negara.

Daripada kes yang tersebut di atas, apa yang ingin saya kongsi dengan Ex-Sappers di Wilayah Utara ini ialah mengenai keperihatinan salah seorang bekas pegawai Ex-Sappers yang masih bertanggungjawab dan mengambil berat dalam hal-hal kebajikan terutamanya Ex-Sappers walaupun dimana mereka berada. Walaupun kita telah berhenti atau bersara dari RAJD dan menjalani kehidupan masing-masing sebenarnya ada insan yang masih mengambil berat terhadap Ex-Sappers. Jasa dan pengorbanan yang telah kita curahkan selama berkhidmat tetap dikenang dan dihargai. Penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap keperihatinan bekas pegawai RAJD, Lt Kol Basri Hj Omar (B) PGB yang telah menjadikan inspirasi kepada kami semua, di Ex-Sappers Wilayah Utara. Petikan sms yang saya terima daripada Lt Kol Basri berbunyi begini “Moga Allah Redha kerja ini dan juga kerana Allah..hari ini depa susah kita bantulah…tak boleh tolong dengan duit…tolong tenaga dan masa”. Sikap dan semangat beginilah yang kita harapkan agar dapat diterjemahkan melalui kerja-kerja kebajikan sebegini. Harapan kami juga agar ramai lagi dikalangan Ex-Sappers tidak kira samada pegawai atau LLP untuk tampil dan terus bantu membantu sesama kita. Jadikan sisa-sisa hidup kita ini sebagai seorang yang bermanafaat kepada orang lain dan mempersembahkan yang terbaik untuk dunia dan akhirat, mudah-mudahan…!!

Terima kasih dari kami Ex-Sappers Wilayah Utara untuk Lt Kol Basri Hj Omar (B) PGB.

4 comments:

  1. Brader..

    Lt Kol Basri Hj Omar (B) PGB ... saya kenal semasa saya berkhidmat di 91 Rej Jurutera Pembinaan Kem Batu Kentonmen sebagai OC 316 DBK JLJ ..tahun tu kalau tak silap 1983/84. Masa tu beliau masih berpangkat Mej. CO 91 Jurutera masa tu Lt Kol Wong dan 2 ic Mej Akhbar Khan... .Geng2 lain yang masih ingat masa kat Batu Abbdulah Chik... Syed Rahman...Nik...Refzi...dan skot sorang Nasharudin..

    Lt Kol Basri Hj Omar (B) PGB setahu saya memang dari dulu memang seorang pegawai yang baik hati dan kelakuan tu kalau nak dikelaskan ... memang terpuji sangat lah...

    Joe 0518

    ReplyDelete
  2. Syabas Lt Kol Basri Omar (B). Kita tolong dengan ikhlas dan kerana Allah, tak kira dimana kita berada. Sekiranya kita bukan seorang ahli jawatamkuasa atau bukan seorang ahli biasa pun, sekira nya terdengar dan berkemampuan seperti saudara kata, kita bantu. Syabas.

    Mej Fauzi (B), syabas atas website yang aktif dan bertujuan baik.

    Mej Ahmad Zahari Abdul Kadir (B)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Saya menulis coretan berkenaan anak WO2 Krishnan kerana Allah. Saya cuba memperjuangkan agar penerima-penerima JPP, PTU & KPK diberi elaun seperti yang dinikmati oleh penerima SP & PGB..akhirnya gagal. Tapi saya bangga kerana sampai ke tahap Parlimen. Lt Kol (B) Basri memberitahu saya RAJD sahaja mempunyai 2 x JPP, termasuk Dato Hj Jamil Tahir, dan 33 KPK. Setakat ini, berakhirnya satu perjuangan.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Mej Nor,saya turut bangga dgn kesungguhan sdr yg membantu rakan2 kita. Saya percaya sekiranya kita memperjuangkan kebajikan untuk rakan2 kita dengan niat & tujuan kerana Allah, Insyaallah satu hari nanti akan termakhbul hendaknya.Terima kasih drp Ex-Sappers Wil Utara kepada Sdr kerana telah mengutarakan masalah Ex-Sappers yang akhirnya mendapat perhatian semua pihak.Utk pengetahuan Sdr En Krishnan telah pun mendaftar sebagai ahli Ex-Sappers Wilayah Utara.TK & Salam Hormat.

    Setiausaha
    Ex-Sappers Wilayah Utara

    ReplyDelete