Thursday, August 19, 2010

INFO UNTUK SEMUA

Bekas Dan Veteran Tentera Boleh Dapatkan Bantuan Dari JHEV

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bekas anggota tentera yang tidak menerima sebarang bantuan atau pencen boleh memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (JHEV),kata Ketua Pengarahnya Mej-Jen Datuk Zulkiflee Mazlan.

Beliau berkata dianggarkan 280,000 bekas tentera telah menamatkan perkhidmatan tetapi hanya 19,000 yang menerima bayaran pencen.

"Saya menyeru kepada mana-mana bekas atau veteran tentera yang tidak berdaftar dengan Persatuan Bekas Tentera (PBTM) atau yang tidak menerima bantuan atau pencen atas sebab-sebab tertentu seperti menamatkan perkhidmatan awal, supaya menghubungi jabatan ini jika memerlukan bantuan," katanya.

Bercakap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri JHEV kepada penerima dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor di sini, beliau berkata bekas tentera boleh memohon bantuan kewangan dan perubatan dengan menghubungi JHEV di talian 03-20508000.

"Saya juga berterima kasih kepada media kerana mendekatkan jabatan ini dengan pesara-pesara tentera. Adanya akhbar dan media, bekas tentera dapat mengetahui kewujudan jabatan ini yang mana membolehkan mereka mendapatkan bantuan daripada pihak kami," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment