Mej Nor Ibrahim Sulaiman (B) TUDM tetamu ExSappers Wilayah Utara,kusyuk mendengar cerita pengalaman operasi memusnahkan jerangkap samar dari En Tan Idris & En Hj Arshad.Monday, September 27, 2010
GAMBAR SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI EXSAPPERS WILAYAH UTARA PADA 25HB.SEP,2010
Mej Nor Ibrahim Sulaiman (B) TUDM tetamu ExSappers Wilayah Utara,kusyuk mendengar cerita pengalaman operasi memusnahkan jerangkap samar dari En Tan Idris & En Hj Arshad.Saturday, September 18, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Tuesday, August 24, 2010
BAYARAN YURAN TAHUNAN AHLI
NO AKAUN: 0201 1010 1014 47
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BEKAS ASKAR JURUTERA DIRAJA WILAYAH UTARA
Sekian, harap maklum.
Thursday, August 19, 2010
INFO UNTUK SEMUA
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bekas anggota tentera yang tidak menerima sebarang bantuan atau pencen boleh memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (JHEV),kata Ketua Pengarahnya Mej-Jen Datuk Zulkiflee Mazlan.
Beliau berkata dianggarkan 280,000 bekas tentera telah menamatkan perkhidmatan tetapi hanya 19,000 yang menerima bayaran pencen.
"Saya menyeru kepada mana-mana bekas atau veteran tentera yang tidak berdaftar dengan Persatuan Bekas Tentera (PBTM) atau yang tidak menerima bantuan atau pencen atas sebab-sebab tertentu seperti menamatkan perkhidmatan awal, supaya menghubungi jabatan ini jika memerlukan bantuan," katanya.
Bercakap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri JHEV kepada penerima dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor di sini, beliau berkata bekas tentera boleh memohon bantuan kewangan dan perubatan dengan menghubungi JHEV di talian 03-20508000.
"Saya juga berterima kasih kepada media kerana mendekatkan jabatan ini dengan pesara-pesara tentera. Adanya akhbar dan media, bekas tentera dapat mengetahui kewujudan jabatan ini yang mana membolehkan mereka mendapatkan bantuan daripada pihak kami," katanya.
-- BERNAMA
Wednesday, August 18, 2010
KENANGAN DI BULAN RAMADHAN DI BUMI ASING
Semasa kami bertugas di Namibia pada tahun 1989-90 di bawah panji-panji PBB (UNTAG NAMIBIA), tugas kami yang paling mencabar ialah memusnahkan periok api & UXB (Unexploded Bomb). Saya masih ingat lagi peristiwa ini semasa kami baru menjejakkan kaki di Namibia pada tahun 1989, iaitu dalam bulan Ramadhan. Sebagai anggota Sappers kami sentiasa bersedia walaupun baru sahaja menjejakkan kaki di bumi asing ini. Kami telah diberi taklimat oleh wakil UNTAG mengenai periok api & UXB ini yang telah banyak mengorbankan orang-orang awam terutama kanak-kanak. Jadi kami ditugaskan untuk mencari dan memusnahkan periok api dan UXB ini di kawasan penempatan yang merbahayakan orang awam. Saya mempersiapkan anggota-anggota untuk membuat persiapan dan memberikan taklimat mengenai tugas-tugas bahaya yang bakal kami laksanakan. Sebagai anggota yang terlatih dan terpilih untuk misi ini, anggota-anggota kami tidak mempunyai masalah dan masing-masing bersedia untuk menggalas tugas yang mencabar ini.
Pada hari pertama, kami telah dapat mengesan 20 butir UXB dan periok api manakala pada hari kedua pula sebanyak 30 butir, sehinggalah lebihkurang seminggu kami menjalankan tugas ini tanpa henti walaupun terpaksa menahan lapar dan dahaga. Kami dapat mengesan hampir 200 butir termasuk periok api dan UXB. Alhamdulillah, semua anggota-anggota tidak mengalami sebarang kecederaan semasa melaksanakan tugas ini. Oleh kerana kawasan ini terlalu besar dan anggota-anggota kami terpaksa pula melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan kem, kerana pada masa yang sama Kompeni-Kompeni dari MALBATT mengambil kedudukan di penempatan masing-masing. Jadi banyak yang perlu diperbaiki & diselenggara bagi memberikan keselesaan kepada anggota-anggota MALBATT.
Saya terus memaklumkan kepada Pegawai Memerintah MALBATT untuk memohon bantuan daripada Australian Engineers untuk meneruskan tugasan ini bagi memusnahkan periok api dan UXB di kawasan-kawasan yang masih belum kami musnahkan. Semenjak dari itu anggota-anggota kami dan Australian Engineers saling bekerjasama bagi memusnahkan periok api dan UXB ini. Kawasan-kawasan yang merbahaya terutamanya di sempadan Namibia dan Angola, yang masih saya ingat seperti Ruacana, Opuwo, Oshakati, Ondangwa, Okalongo, Eenhana dan lain-lain lagi yang menjadi sejarah dalam hidup kami. Saya bersyukor dan berbangga kerana dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini disamping menyelamatkan orang-orang awam terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa daripada menjadi mangsa periok api dan UXB ini. Begitulah coretan pengalaman kami dan simbol kemegahan dan keberanian “Anggota-anggota Sappers” di Namibia ini, kami abadikan bersama “BLUE HELMET’ yang kami pamerkan di Muzium Kor Jurutera Diraja, Kem Mahkota, Kluang, Johor.
Coretan pengalaman EX-SAPPERS UNTAG NAMIBIA 1989-1990
Nota : Sekiranya ada Warga Ex-Sappers yang mempunyai kenangan untuk dikongsi bersama sila emailkan kepada : exsappers@gmail.com
Tuesday, August 10, 2010
Monday, August 9, 2010
MESYUARAT AJK SIRI 2/2010 YANG DI ADAKAN DI KEDIAMAN YDP, ALOR SETAR PADA 8HB.OGOS,2010
Penasihat, YDP dan AJK yang hadir pada Mesyuarat kali ini bagi melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh semua ahli-ahli Ex-Sappers Wilayah Utara.
Mesyuarat kali ini telah membincangkan mengenai permohonan keahlian, tempahan Kad Ahli, kutipan yuran keahlian serta persiapan Sambutan Aidilfitri 2010 yang akan di adakan nanti.Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan Sambutan Aidilfitri pada tarikh seperti berikut:
Tarikh : 25hb. September, 2010 (Sabtu) bersamaan 16 Syawal.
Masa : Mulai jam 12.00 t/hari - 4.00 petang.
Tempat : Permaipura Golf & Country Club, Bedong,Kedah.
Kehadiran : Semua ahli-ahli Ex-Sappers & Keluarga.
Ex-Sappers yang belum menjadi ahli juga dijemput hadir & kaunter pendaftaran juga akan disediakan pada hari tersebut.
Terima Kasih & Harap Maklum.
Tuesday, May 18, 2010
SURAT WAKIL KONTRAKTOR KELAS F - EX-SAPPERS WILAYAH UTARA
JANGAN ANAK TIRIKAN KAMI EX-SAPPERS!!
Pertubuhan Kebajikan Bekas Askar Jurutera Diraja Wilayah Utara (Ex-Sappers Wilayah Utara) telah ditubuhkan bagi mengeratkan silaturrahim bekas-bekas Ex-Sappers dan juga membantu ahli-ahli dari segi kebajikan dan juga memantapkan rangkaian perniagaan ahli-ahli yang berkecimpung dalam perniagaan dan kontraktor. Buat ketika ini dana pertubuhan banyak bergantung kepada sumbangan ahli-ahli yang telah berjaya dalam perniagaan disamping kutipan yuran tahunan ahli-ahli dan juga sumbangan agensi-agensi yang prihatin terhadap pertubuhan ini. Walau bagaimanapun banyak rungutan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli terutamanya ahli-ahli dikalangan kontraktor Kelas F. Untuk tahun 2009 tidak ada satu pun kontraktor yang berjaya menerima tawaran tender daripada JP & P. Beberapa perjumpaan juga telah dibuat dan surat permohonan juga telah dihantar untuk mendapat perhatian pihak JP & P bagi membantu ahli-ahli Ex-Sappers tetapi jawapan yang diterima “tiada peruntukan lagi”. Tetapi dalam masa yang sama kontraktor yang tidak bernaung di bawah Pertubuhan Ex-Sappers telah mendapat tawaran untuk projek-projek kecil disekitar utara ini sepanjang tahun 2009.
Mohon perhatian dan keperihatinan pihak JP & P dan Kor RAJD agar memberi sedikit ruang kepada kontraktor kelas F – Ex-Sappers Wilayah Utara ini untuk terlibat dalam kerja-kerja kecil di kawasan utara ini.
Kontraktor Kelas F – “Ex-Sappers Wilayah Utara”











